banner

Wednesday, July 6, 2011

Tokek!

Saya ada memelihara seekor tokek betina. Tokek adalah sejenis cicak hutan yang amat di cari-cari tetapi beratnya mesti 400 gram, itu mahu 1/2 kg,lamanya mahu pelihara. Makanannya adalah cengkerek dan cengkerek sebanyak 40 ekor berharga RM5. Agak mahal juga pembelian cengkerek satu bulan (estimate RM20). Nak sampai 400 gram kus semangat! Katanya harga boleh mencerca RM2 juta jika seberat itu. Tokek boleh menyebabkan kematian jika tergigit. Dengan itu perlu hati-hati apabila memegang Tokek. Tokek akan tidak makan selama 3 hari sekiranya di pegang dengan tangan. Elakkan pegang Tokek. Jika mahu di pegang pun gunakan sarung tangan tebal.

Apa kebaikan memelihara Tokek selain tunggu dia membesar seberar 400kg? Katanya Tokek boleh memberitahu hal-hal yang akan berlaku. Iakah? Mungkin Tokek aku masih lagi kecil dan belum boleh memberitahu tentang apa yang akan mendatang....he....he...hee.

Hari ini Tokek aku terlepas dari tempat tinggal. Aku guna jaring ikan untuk dapatkan kembali. Kalau tidak entah macam mana. Di dapur lagi tu.

Aku simpan Tokek sebagai pet, macam juga simpan kucing. Kalau dah besar baru boleh buat bisnes Tokek, tapi Tokek mahal. Tokek jantan berharga RM350.00. Saja saja berbual fasal Tokek. 

Tuesday, July 5, 2011

Wang Masuk Lagi!: Wang Masuk Lagi!

Wang Masuk Lagi!: Wang Masuk Lagi!: "Ramai orang suka apabila wang masuk lagi. Kata nenek aku, 'bukan mainlah susah untuk mencari wang dan menyimpan tetapi cepat keluar'. Oran..."

Lugai Lugai!

Lagu Lugai-Lugai amat popular di kalangan penduduk tempatan Negeri Dibawah Bayu, Sabah. Tahukah anda apa makna sebenar Lugai-Lugai, satu perkataan yang sedap di dengar tetapi kita tidak tahu maknyanya selain membuka kedua belah tanah  dan menunjukkan muka hairan! Carilah perkataan itu di kamus Dewan Bahasa & Pustaka jika sudah ada. Tanyalah sesiapa dan ramai yang akan mengelengkan kepala sambil berkata; "Tak tahulah pulak". Lugai-lugai membawa maksud tak tentu arah, barangkali atau senget. Sebagai Peniaga atau Usahawan anda perlu mengelakkan supaya anda tidak akan 'Lugai-Lugai". Lugai-Lugai harus di elakkan. Apa saja yang kita lakukan perlu mendapat hasil dan pulangan kepada kita supaya wang akan masuk terus dan tidak henti-henti. Carilah jalan itu. Carilah 'lampu suluh' jika masih dalam kegelapan. Carilah mentor. Jadilah mentee. Bukan untuk menyanyi tetapi berniaga dan berniaga cara lain, iaitu melalui internet. Ingat, jangan sesekali sampai Lugai-Lugai ya! Semoga Berjaya!

Wang Masuk Lagi!: Wang Masuk Lagi!

Wang Masuk Lagi!: Wang Masuk Lagi!: "Ramai orang suka apabila wang masuk lagi. Kata nenek aku, 'bukan mainlah susah untuk mencari wang dan menyimpan tetapi cepat keluar'. Oran..."

Wang Masuk Lagi!

Ramai orang suka apabila wang masuk lagi.
Kata nenek aku, "bukan mainlah susah untuk mencari wang dan menyimpan tetapi cepat keluar".
Orang akan terdorong membeli hand set terbaru. Ada yang mengidam bawa iPad. Ada pula menghayal pegang Balackberry. Semua itu adalah hayalan tetapi boleh menjadi kenyataan sekiranya di jadikan impian anda untuk mendapatnya.
Namun kita perlu berusaha dan mencari jalan bagaimana wang boleh masuk terus. Ini tidak akan menjadi masalah jika sekiranya ada  gaji masuk setiap bulan kedalam akaun, cukup-cukup untuk bayar sewa rumah, pinjaman bank, tikit bas, bil telefon dan stremyx dan sebagainya sampai pening kepala dibuatnya.
Bagaimana sekiranya kita sudah pencen dan bersara daripada jawatan atau syarikat di tutup? Bagaimana kalau sudah jatuh sakit? Palis-palis kata orang kita. Habis-habis.
Stail lama di gunakan, pergi duduk dikedai kopi bukan untuk wang masuk lagi tetapi wang keluarlah pulak. Lain pulak ceritanya. Cerita semasa, cerita politik, cerita sensasi, cerita tentang video klip, cerita tentang si anu dan si ani, ampu sana ampu sini.
Carilah jalan lain yang lebih baik dan buat pilihan. Buatlah perancangan sekarang!
Carilah kemahiran seperti mempelajari pemasaran melalui internet. Kita perlu berusaha walaupun terpaksa berbelanja sedikit.
Manakan kita boleh dapat sagu sekiranya tidak di pecahkan rebongnya?
Selamat mencoba dan bertindak sekarang!
Jangan sampai kita jadi Lugai-Lugai!