banner

Wednesday, July 6, 2011

Tokek!

Saya ada memelihara seekor tokek betina. Tokek adalah sejenis cicak hutan yang amat di cari-cari tetapi beratnya mesti 400 gram, itu mahu 1/2 kg,lamanya mahu pelihara. Makanannya adalah cengkerek dan cengkerek sebanyak 40 ekor berharga RM5. Agak mahal juga pembelian cengkerek satu bulan (estimate RM20). Nak sampai 400 gram kus semangat! Katanya harga boleh mencerca RM2 juta jika seberat itu. Tokek boleh menyebabkan kematian jika tergigit. Dengan itu perlu hati-hati apabila memegang Tokek. Tokek akan tidak makan selama 3 hari sekiranya di pegang dengan tangan. Elakkan pegang Tokek. Jika mahu di pegang pun gunakan sarung tangan tebal.

Apa kebaikan memelihara Tokek selain tunggu dia membesar seberar 400kg? Katanya Tokek boleh memberitahu hal-hal yang akan berlaku. Iakah? Mungkin Tokek aku masih lagi kecil dan belum boleh memberitahu tentang apa yang akan mendatang....he....he...hee.

Hari ini Tokek aku terlepas dari tempat tinggal. Aku guna jaring ikan untuk dapatkan kembali. Kalau tidak entah macam mana. Di dapur lagi tu.

Aku simpan Tokek sebagai pet, macam juga simpan kucing. Kalau dah besar baru boleh buat bisnes Tokek, tapi Tokek mahal. Tokek jantan berharga RM350.00. Saja saja berbual fasal Tokek. 

No comments:

Post a Comment