banner

Tuesday, July 5, 2011

Wang Masuk Lagi!

Ramai orang suka apabila wang masuk lagi.
Kata nenek aku, "bukan mainlah susah untuk mencari wang dan menyimpan tetapi cepat keluar".
Orang akan terdorong membeli hand set terbaru. Ada yang mengidam bawa iPad. Ada pula menghayal pegang Balackberry. Semua itu adalah hayalan tetapi boleh menjadi kenyataan sekiranya di jadikan impian anda untuk mendapatnya.
Namun kita perlu berusaha dan mencari jalan bagaimana wang boleh masuk terus. Ini tidak akan menjadi masalah jika sekiranya ada  gaji masuk setiap bulan kedalam akaun, cukup-cukup untuk bayar sewa rumah, pinjaman bank, tikit bas, bil telefon dan stremyx dan sebagainya sampai pening kepala dibuatnya.
Bagaimana sekiranya kita sudah pencen dan bersara daripada jawatan atau syarikat di tutup? Bagaimana kalau sudah jatuh sakit? Palis-palis kata orang kita. Habis-habis.
Stail lama di gunakan, pergi duduk dikedai kopi bukan untuk wang masuk lagi tetapi wang keluarlah pulak. Lain pulak ceritanya. Cerita semasa, cerita politik, cerita sensasi, cerita tentang video klip, cerita tentang si anu dan si ani, ampu sana ampu sini.
Carilah jalan lain yang lebih baik dan buat pilihan. Buatlah perancangan sekarang!
Carilah kemahiran seperti mempelajari pemasaran melalui internet. Kita perlu berusaha walaupun terpaksa berbelanja sedikit.
Manakan kita boleh dapat sagu sekiranya tidak di pecahkan rebongnya?
Selamat mencoba dan bertindak sekarang!
Jangan sampai kita jadi Lugai-Lugai!

No comments:

Post a Comment